Nilai kekeluargaan

Nilai kekeluargaan merujuk kepada nilai kebudayaan atau tradisional berkait dengan struktur, fungsi, peranan dan pemikiran serta pendapat berkenaan sistem keluarga. Dalam politik, konsep familisme berkaitan ialah sejenis ideologi yang memberi keutamaan terhadap keluarga dan nilai bersangkutan.[1] Fahaman ini mendukung sistem kebajikan di mana keluarga bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahlinya berbanding pemerintah.[1]

Dalam sains sosial dan wacana politik Amerika, istilah "keluarga tradisional" merujuk kepada keluarga nuklear— persekitaran pembesaran anak yang terdiri daripada bapa pencari rezeki, ibu suri rumah dan keturunan biologikal mereka. Keluarga selain model ini dianggap sebagai keluarga bukan tradisional. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan budaya sepanjang masa, model keluarga lanjutan adalah yang paling biasa berbanding bukan keluarga nuklear,[2] dan keluarga nuklear menjadi lazim di Amerika sejak 1960-an.[3]

  1. ^ a b Emiko Ochiai, Leo Aoi Hosoya (2014). Transformation of the Intimate and the Public in Asian Modernity. The Intimate and the Public in Asian and Global Perspectives. BRILL. m/s. 20–1. ISBN 9789004264359.
  2. ^ "Parenting Myths And Facts". Npr.org. Dicapai pada 4 Januari 2019.
  3. ^ "History of Nuclear Families". Bebusinessed.com. 3 Januari 2017. Dicapai pada 4 Januari 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search